NORWEX KAIN KAYANGAN 😄

 

Hai assalammualaikum

Norwex, Kain Buruk Kayangan? 


Terjebak juga ye dengan kain buruk kayangan ni. 😀 Sana sini kain Norwex tu lalu timeline, tak facebook, ada dekat instagram, ada juga dekat twitter. Mula tu memang pejam mata jela, malas nak layan, tapi layan jugala demo kain Norwex punya video, gambar tu semua, yela dah lalu kan. Tiba-tiba, dalam hati, ' bestnya tengok, guna air je. Lap apa pun boleh, senangnya '..arghh sudah. Sabar farah, sabar..kain biasa, harga murah je kau guna, sama je kain buruk juga. Sekaliiiiiii....jeng, jeng, jeng..Kain Norwex sampai dekat rumah..kihkihkih..


Orang cakap belum cuba belum tau. Farah ingatkan sama je macam kain buruk biasa tapi tak ye. Kain Norwex ni banyak jenis, ada untuk kitchen, window, kereta, lantai, tuala, haishh banyak la. Tapi farah punya yang penting jela, kain Norwex Kitchen, Norwex Window dan Norwex Enviro. 


Kain Norwex ni microfibre, boleh hilangkan kotoran dengan hanya menggunakan air sahaja. Produk Micofibre Norwex mengandungi BacLock yang boleh membersih dengan mudah secara menyeluruh apabila basah. 


Lepas pakai kain Norwex ni, farah nampak bezanya. Kerja membersih, mengelap jadi mudah dan menjimatkan masa. Macam sebelum ni, farah kerap tukar kain buruk sebab setiap kali bersihkan dapur, cermin, atau apa sahaja, kain tu akan kotor dan hitam, yela kerap guna. Lagi kalau bersihkan dapur, kain akan melekit, berminyak.. Setiap tempat lain-lain kain. tapi semua kain jadi sama, hitam dan kotor, kemudian berbau.


Lagi kalau dapur berminyak, sambal, kain biasa akan jadi berminyak dan melekit. Tapi bila guna Norwex Kitchen, hanya basahkan kain, kemudian lap je macam tu. Walaupun dapur berminyak, kesan sambal merecik, lap je guna kain tu, terus bersih. Kain pulak bila dibersihkan semula dengan air takde melekit, takde berminyak. Jimat spray dan sabun dan tak perlu guna selalu. Korang boleh nampak dekat video farah buat tu. Puas hati tau.



Sebelum ni, farah akan bersihkan cermin atau apa sahaja, dengan pencuci-pencuci lain, macam sabun, kemudian spray, atau suratkhabar, tapi dengan kain Norwex, farah hanya guna dua kain sahaja iaitu Norwex Enviro dan Norwex Window untuk bersihkan cermin, peti ais, dan benda-benda berkilat ni la. Oh dua kain ni pun boleh digunakan untuk bersihkan kabinet.



Cara farah guna, farah akan bersihkan kain Norwex Enviro tu untuk mengelap. Kain Enviro ni bagus tau sebab kain ni mengelap segala kekotoran tanpa tinggalkan kesan pun. Lepas tu farah guna Norwex Window tanpa basahkan, kering sahaja untuk lap lagi, macam polish bagi berkilat. Memang berkilat habis setiap cermin, peti ais, kabinet haha..



Macam cermin, peti ais, sebelum ni pakai kain biasa macam ada tompok-tompok macam tu, masih ada kesan garisan lagi kat cermin, even guna pembersih cermin jenis tarik tu, tapi pakai kain norwex terus kilat.. Takde tompok, takde kesan kotor.




Oh, farah pun ada cuba-cuba lap almari anak, dengan Norwex Enviro, eh tak sangka contengan anak buat dekat almari tu hilang. Tapi biasalah kena sental sikit. kita cuci je guna kain EnviroScrub + Water hilang terus. Yang ni mmg farah Puas hati tau. huhu


Kain mengikut jenis tempat permukaan yang sesuai.

Farah boleh nampak beza pakai kain Norwex ni. farah boleh cakap kain ni memudahkan kerja membersih, menjimatkan masa dan tenaga. Korang ingat kerja membersih tu tak penat ke, tiada siapa suka kerja membersih ni, sebab tu kadang ada orang sanggup upah orang untuk bersihkan rumah. Dengan kain Norwex ni, korang akan jadi suka untuk membersih.

Lagi satu kain Norwex ni tak berbau walau dah berulang kali pakai. 





💗 Kelebihan Kain Norwex


Perangkap Habuk Halus ✅
Cepat Serap Air✅
Self Cleaning Guna Air Je! ✅
 Kain Tidak berbau✅
 2 Tahun warranty ✅


Puas hati. Benda mahal, buat apa simpan? Pakai betul-betul. Lagipun ada jaminan 2 tahun.

Jadi, kalau berminat nak cuba pakej basic ada 3 helai kain ni dengan harga RM167.45 selepas diskaun 15% dan free postage ke seluruh Malaysia, boleh tekan link dibawah:


Atau yang nak mengelap rumah sambil buat duit tu boleh jadi konsultan Norwex ni sekali. Banyak free gift menanti tau. Klik sini :

Okay, para isteri dah bolehlah beli satu set untuk rumah masing-masing yer untuk senangkan kerja seharian kita ya. 
.